Penunggang maut, seorang lagi parah, motosikal bertembung

Iklan
Seorang penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi parah selepas terlibat kemalangan di simpang Pekan Manggatal, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada Sabtu.

KOTA KINABALU - Seorang penunggang maut manakala seorang lagi parah selepas kedua-dua motosikal mereka bertembung dalam kejadian di simpang Pekan Manggatal, Jalan Tuaran, di sini pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 28 tahun dalam perjalanan menuju ke Pekan Manggatal manakala penunggang seorang lagi dari arah Telipok menuju ke Inanam.

"Punca kemalangan dipercayai disebabkan motosikal ditunggang mangsa yang maut cuba masuk ke jalan susur Manggatal untuk menyeberang jalan, namun berlanggar dengan sebuah motosikal yang bergerak lurus dari arah Telipok ke Inanam.

Iklan

"Akibat kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia manakala seorang lagi penunggang cedera di bahagian kaki dan dirawat di zon kritikal Hospital Queen Elizabeth I (HQEI)," katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan di bawah Seksye 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan