Putin lantik timbalan menteri baharu untuk pertahanan dan hal ehwal luar

Iklan
Vladimir Putin, Anna Tsivileva

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Sabtu mengumumkan pelantikan Anna Tsivileva sebagai Setiausaha Negara dan Timbalan Menteri Pertahanan manakala Sergei Butin sebagai Timbalan Menteri Luar, lapor Xinhua.

Tsivileva yang telah berkhidmat sebagai timbalan menteri pertahanan sejak Jun 2024, kini akan memegang peranan tambahan sebagai Setiausaha Negara dalam kementerian itu.

Iklan
Iklan

Tanggungjawabnya termasuk mengawasi sokongan sosial dan perumahan untuk anggota tentera serta berhubung dengan dana negara"Defenders of the Fatherland," yang menyokong peserta dalam operasi ketenteraan khas.

Tsivileva dilahirkan pada 1972 di Ivanovo dalam keluarga doktor.

Iklan

Dalam sektor diplomatik, Butin telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.

Butin yang dilahirkan pada 1964 adalah seorang diplomat berpengalaman dengan pengalaman luas dalam tugasan domestik dan antarabangsa.

Iklan

Beliau lulusan Institut Pengajian Asia dan Afrika di Moscow State University dan fasih berbahasa Inggeris dan Jepun. - Bernama