Saya mahu jadi tekong utama negara - Ikhwan Syafiq

Iklan
Ikhwan Syafiq bercita-cita untuk menjadi tekong utama negara satu hari nanti. Foto Bernama

ATLET sepak takraw Pulau Pinang yang sedang mencipta nama dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2024, Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri memasang angan untuk menjadi tekong utama negara satu hari nanti.

Pemuda berusia 20 yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu ingin mengikuti jejak langkah idolanya, Muhammad Syahir Mohd Rosdi yang merupakan tonggak dan tekong utama skuad sepak takraw negara pada masa ini.

Iklan
Iklan

"Insya-Allah, satu hari nanti. Saya akan berusaha untuk menjadi tekong utama Malaysia. Saya pernah berjumpa Muhammad Syahir dan dia selalu berkongsi ilmu tentang bagaimana untuk meningkatkan prestasi saya supaya menjadi pemain yang terbaik,” katanya kepada Bernama.

Ikhwan Syafiq baru sahaja membantu pasukannya merangkul pingat emas dalam kategori berpasukan lelaki setelah menewaskan Selangor 2-0 dalam aksi final semalam, sekali gus menamatkan penantian lebih 20 tahun Pulau Mutiara untuk menguasai acara terbabit.

Iklan

Beliau beraksi di dalam Regu A bersama rakannya, Danial Iman Hasbullah (pengumpan) dan Mohamed Elffie Danish Khir Johari (perejam) mudah menewaskan Regu A Selangor 15-6, 15-9 dengan mempamerkan aksi cemerlang apabila banyak servis yang dilakukannya gagal dibalas regu Selangor.

Ikhwan Syafiq baru sahaja membantu pasukannya merangkul pingat emas dalam kategori berpasukan lelaki setelah menewaskan Selangor 2-0 dalam aksi final pada Sabtu. Foto Bernama

Ikhwan Syafiq berkata, banyak pengorbanan dan cabaran perlu dilaluinya untuk berada di tahap sekarang antaranya pembahagian masa untuk latihan, jatuh bangun dalam karier serta disindir sesetengah pihak apabila kalah dalam sesuatu pertandingan.

Iklan

"Saya pernah menangis susulan prestasi tidak memuaskan dalam liga sepak takraw yang saya sertai. Saya juga pernah kalah dengan pasukan bawah 14 tahun, ketika itu saya berumur 18 tahun dan baru pulang dari beraksi dalam Sepak Takraw League (STL) Divisyen sekali gus menerima tamparan yang hebat waktu itu.

"Jadi selepas itu saya balik rumah, saya cakap pada diri, kita kena usaha lagi. Berlatih dan terus berlatih sampai sekarang. Syukur, alhamdulillah ALLAH bagi rezeki untuk dapat pingat emas kategori berpasukan,” kata pemain tinggi lampai berukuran 193 sentimeter itu.

Ikhwan Syafiq berkata, beliau mendedikasikan kemenangan yang dicapainya semalam kepada keluarganya yang tidak henti memberikan sokongan, barisan jurulatih yang sentiasa percaya dengan kebolehannya serta rakan sepasukan yang beraksi dan memberikan sepenuh jiwa raga dalam perlawanan terbabit.

Beliau turut melaungkan amaran untuk meneruskan pemburuan pingat emas bagi kategori regu yang menjadi antara kategori kegemarannya dalam sukan berkenaan. - Bernama