Tindakan tatatertib ke atas polis serang OKU kerana gagal isytihar harta

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Razarudin

KUALA LUMPUR - Tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap seorang anggota polis yang terbabit dalam insiden menyerang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) adalah kerana kegagalan mengisytiharkan harta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan berkenaan tiada kaitan dengan kes serangan terhadap pemandu terbabit di lobi sebuah hotel pada 28 Mei lalu.

Iklan
Iklan

"Kegagalan mengisytiharkan aset adalah menyalahi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan anggota itu telah diberi amaran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Razarudin berkata, dalam kes serangan itu pula, polis masih teruskan siasatan dalaman (selain siasatan jenayah terhadapnya).

Iklan

"Tindakan lebih tegas akan diambil jika anggota berkenaan disabit bersalah di mahkamah," katanya.

Beliau berkata, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Jun lalu.

Iklan

"Mereka serahkan semula kertas siasatan untuk polis tambah laporan kesihatan penuh, kami kemudian hantar semula kertas siasatan lengkap kepada Pejabat Peguam Negara pada 27 Julai dan sedang menunggu tindakan seterusnya," katanya.

Pada Khamis, Peguam kepada pemandu e-hailing, Ong Ing Keong, N Surendran dilaporkan berkata, suspek kes serangan itu perlu didakwa mengikut prosedur undang-undang jenayah dan bukan sekadar dikenakan tindakan tatatertib.

Kejadian itu telah mengakibatkan mangsa mengalami trauma sehingga hari ini.

Surendran menegaskan, kes tersebut menjadi kepentingan awam kerana melibatkan serangan tanpa provokasi oleh anggota polis terhadap golongan OKU yang mencari rezeki.