KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia petang tadi.
Menerusi catatan di laman Facebook, Ahmad Zahid berkata, beliau mengenali Allahyarham sejak usia muda dan baru sahaja menziarahi beliau baru-baru ini.
"Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian sahabat saya, Rozaid Abdul Rahman yang telah disahkan meninggal dunia di kediaman keluarganya petang tadi.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Allahyarham seorang tokoh yang mempunyai pengalaman hebat dalam bidang kewartawanan dan kemudiannya dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggalas peranan begitu mencabar.
"Berehatlah sahabat, moga segala amal baik dan sumbangan dalam berkhidmat untuk negara dikira sebagai pahala di sisi Allah SWT. Marilah sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan ditempatkan di syurga bersama orang beriman serta beramal soleh, insya-ALLAH.
"Takziah buat keluarga Allahyarham, moga tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah," katanya menerusi catatan di Facebook.
Turut menitipkan ucapan takziah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi catatan di akaun media sosial rasmi masing-masing.
Difahamkan urusan mandi dan solat jenazah Allahyarham Rozaid akan diadakan pada jam 8.30 pagi esok di Masjid Putra Heights, Subang Jaya dan dikebumikan pada jam 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Persint 20, Putrajaya.
Rozaid, 59, yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023 meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini akibat masalah jantung.
Berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun, wartawan veteran itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lepas. - Bernama