'Din... abah nak ikut'

Iklan
Tangkap layar hantaran Zahir menerusi akaun TikTok miliknya.

SHAH ALAM -"Din... abah nak ikut". Itulah ungkapan seorang bapa yang sudah berumur setiap kali melihat anaknya mahu keluar dari rumah.

Pengalaman istimewa itu dikongsi Zahir Alauddin Abdul Hamid, 39, menerusi akaun TikTok miliknya dan mendapat lebih satu juta tontonan serta 145,000 tanda suka.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi saat indah bersama bapa tercinta Abdul Hamid Jantan, 75, yang menghidap sakit lutut agak kronik sejak 2022 dan kini terpaksa bergantung dengan kerusi roda elektrik untuk bergerak.

"Saya menjaga Abah ketika cuti panjang sahaja, pada hari biasa dia akan tinggal dengan adik lelaki saya yang merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik.

Iklan

"Kadang-kadang saya akan jaga sebulan dan ada juga tiga minggu kemudian abah ke rumah kakak pula. Kami bergilir-gilir menjaga abah, bagi dia berubah 'angin'. Jadi, emosi dia lebih baik dan ceria," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut Zahir memaklumkan, dia tidak membawa bapanya berjalan-jalan setiap masa kerana ada ketika waktunya dia tidak sempat untuk berbuat demikian atas beberapa faktor.

Iklan

Ujarnya, antara situasi yang selalunya dia terpaksa menolak ajakan tersebut adalah pada jam 8 pagi sewaktu hendak pergi ke tempat kerja.

"Bila saya nak bergerak ke tempat kerja, waktu itulah abah kadang-kadang ajak saya untuk teman dia keluar.

"Sudah tentu saya terpaksa menolak dan berjanji apabila selesai tugasan, saya akan bawa abah keluar," jelasnya.

Dalam pada itu, Zahir memaklumkan, jasa dan pengorbanan bapanya sewaktu membesar dia bersama adik-beradik yang lain cukup sempurna.

Katanya, asbab daripada pengalaman tersebut dia mengambil keputusan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan bapa yang terbaik kepada keluarga.

"Saya memandang tinggi jasa abah sejak kecil, sebab abah adalah suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

"Saya nak jadi macam abah saya, suami yang hebat kepada isteri saya, abah yang luar biasa kepada anak-anak saya. Sudah tentu saya nak berbakti kepada abah saya sebaik mungkin.

"Selagi ada peluang untuk berbakti kepada ibu bapa, ia perlu dimanfaatkan. Insya-ALLAH... mudah-mudahan hari tua kita nanti, ALLAH permudahkan segala urusan kita pada waktu itu," ujarnya.