Usaha pulihkan imej UMNO
Iklan
ALOR SETAR - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan imej dan penstrukturan semula parti UMNO.
Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, kemenangan itu juga memberikan suntikan semangat yang amat diperlukan UMNO selepas kekalahan mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.