Sasar bina rumah mampu milik bawah RM100,000
Iklan
ISU pemilikan hartanah dan perumahan di Pulau Pinang sering kali digambarkan hanya mampu dimiliki oleh golongan 'kayangan' dan komposisi masyarakat tertentu disebabkan harga jualan yang tinggi apatah lagi di tengah bandar raya George Town.
Meskipun banyak projek pembangunan dan perumahan baharu sedang dilaksanakan pada masa kini, namun ia dirancang serta disusun atur sebaiknya oleh kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan seimbang terutamanya dalam isu pemilikan rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.