Cadangan baharu gencatan senjata terlalu ikut kehendak Israel - Hamas

Iklan
Helikopter Israel terbang melepasi kapal kargo di pelabuhan Haifa pada Ahad susulan konflik Israel-Palestin. Foto AFP

KAHERAH - Pejuang Hamas berkata cadangan dalam rundingan gencatan senjata baharu terlalu memihak kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pejuang Hamas telah menerima cadangan baharu itu daripada pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat selepas rundingan dua hari di Doha.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Hamas berkata cadangan baharu itu sejajar dengan kehendak Netanyahu yang enggan menamatkan perang dan mengundurkan tentera Israel dari Gaza termasuk dari sempadan dengan Mesir. Ini merupakan dua syarat yang dilihat Hamas sebagai asas bagi sebarang perjanjian.

Hamas berkata, pihaknya menganggap Netanyahu bertanggungjawab sepenuhnya untuk menggagalkan usaha pengantara dan menangguhkan perjanjian.

Iklan

Justeru, Hamas menyeru pengantara memikul tanggungjawab mereka dan memaksa Israel untuk melaksanakan apa yang telah dipersetujui.

Hamas menambah bahawa pihaknya komited sepenuhnya kepada cadangan semasa Julai lalu. - Awani

Iklan