Kes Nuraina Humaira: Remaja 17 tahun direman seminggu

Iklan
Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun ini dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SUNGAI SIPUT - Seorang remaja lelaki direman selama seminggu bermula Isnin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli, 10.

Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan
Iklan

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Sungai Siput kira-kira 8.30 pagi diiringi anggota polis.

Dia dilihat memakai baju T berwarna biru gelap dan berseluar sukan hitam.

Iklan

Dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.

Mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang pada Sabtu hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Iklan

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini.

Ringkasan berita:

  • Reman: Remaja lelaki 17 tahun direman seminggu untuk siasatan kes pembunuhan.
  • Kesalahan: Disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
  • Bedah Siasat: Mangsa mungkin dirogol sebelum dibunuh.
  • Penemuan: Mayat mangsa ditemui di kawasan berpaya di Kampung Bersah.
  • Latar belakang: Mangsa dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Dijana oleh AI