IOI Properties Group Bhd (IOIPG) meraikan Hari Kebangsaan dengan mengadakan kempen IOI Grand 305 Giveaway, yang menawarkan pelbagai ganjaran dan insentif menarik kepada pencari rumah.
Melalui kempen ini, pembeli berpeluang menikmati rebat istimewa, entri tanpa bayaran termasuk Memorandum of Transfer (MOT) percuma, caj penyelenggaraan percuma, pakej kelengkapan perabot, subsidi pengubahsuaian, subsidi panel solar dan banyak lagi.
Semua ini tersedia untuk projek perumahan moden di Lembah Klang dan Johor yang dibangunkan oleh IOIPG.
Mengikut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, IOIPG, Teh Chin Guan, pelancaran kempen IOI Grand 305 Giveaway pada bulan Ogos ini bersempena Hari Kebangsaan dan sebagai sokongan kepada agenda perumahan negara.
Ujar beliau, sebagai rakan hartanah yang dipercayai, IOIPG komited untuk menyediakan kediaman berkualiti yang memenuhi keperluan pasaran.
"Kempen ini direka untuk mengurangkan kos pemilikan rumah dengan menyediakan pelbagai insentif seperti pakej kelengkapan perabot, subsidi pengubahsuaian dan penyerapan duti setem MOT.
"Dengan cara ini, kami membantu meringankan proses pemilikan hartanah, sekali gus membawa pencari rumah lebih dekat kepada impian memiliki kediaman sendiri.
"Kami juga ingin menghargai sokongan yang diberikan oleh para pembeli dan komuniti sepanjang tahun-tahun ini,” katanya.
Ganjaran melimpah di IOI Resort City, 16 Sierra, Sepang, Bangi, Kulai, Kempas dan Johor Bahru
Kempen IOI Grand 305 Giveaway menawarkan pelbagai ganjaran berasaskan tema 3-0-5, yang merupakan permainan kata yang bermaksud ‘pemberian hadiah’ dalam bahasa Mandarin.
Setiap projek menawarkan pakej insentif yang berbeza, seperti bonus pendaftaran sebanyak RM3,000, manfaat tiga peratus semasa pembinaan, entri tanpa bayaran dengan MOT percuma, yuran penyelenggaraan percuma selama lima tahun, subsidi ansuran lima peratus, bonus kelengkapan perabot sebanyak RM50,500, subsidi pengubahsuaian dan banyak lagi.
Bagi mereka yang mementingkan alam sekitar, kempen promosi ini juga menawarkan subsidi panel solar sehingga RM5,000 untuk projek tertentu*. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti dan gaya hidup yang lebih hijau, sejajar dengan komitmen IOIPG terhadap prinsip-prinsip Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG).
"Kami menawarkan pelbagai produk di bawah kempen IOI Grand 305 Giveaway di seluruh perbandaran kami, dari rumah teres, rumah bandar moden dan pangsapuri gaya hidup hingga kediaman pelbagai generasi yang terletak berhampiran stesen rel awam.
"Tawaran ini sesuai untuk pelbagai pencari hartanah, termasuk pasangan muda, golongan profesional, mereka yang ingin menaik taraf rumah, keluarga besar, pelabur dan banyak lagi.
"Kami juga akan menganjurkan siri acara dan aktiviti di perbandaran dan pembangunan kami sempena kempen ini, jadi ambil peluang ini untuk melawat IOI Gallerias kami dan menjadi antara yang bertuah untuk menikmati tawaran menarik yang terhad ini,” tambah Teh lagi.
Rumah memenuhi keperluan dan kemudahan sekitar yang lengkap
Dengan memanfaatkan tanah strategik IOIPG, projek-projek yang terlibat dalam kempen ini menikmati aksesibiliti yang mudah ke laluan utama dan infrastruktur rel.
Sebagai pembina komuniti, IOIPG melengkapkan kawasan kediamannya dengan ruang komersial yang meriah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk dan pelawat.
Ini termasuk Sierra Fresco di 16 Sierra, Arena Xchange di Warisan Puteri Sepang dan IOI City Mall di IOI Resort City, yang merupakan pusat membeli-belah terbesar di Malaysia.
Kempen IOI Grand 305 Giveaway berlangsung selama tiga bulan dari 19 Ogos hingga 18 November 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan projek yang terlibat, layari http://www.ioiproperties.com.my/305deals
*Subsidi panel solar untuk Aster, 16 Sierra