Suspek bunuh Cikgu Istiqomah tiba di Mahkamah Alor Gajah

Iklan
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin.

ALOR GAJAH - Suspek pembunuhan kejam guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, tiba Mahkamah Majistret di sini, pada jam 9.05 pagi Isnin.

Bekas guru berusia 37 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Lelaki yang telah berkahwin itu hadir memakai baju biru gelap dengan menaiki kenderaan polis, dibawa masuk ke bangunan mahkamah dan diiringi sekumpulan anggota serta pegawai pasukan siasatan jenayah.

Suspek tiba di Mahkamah Masjitret Alor Gajah dengan menaiki kenderaan polis.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik Istiqomah.

Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Ashari berkata, jenazah Allahyarham Istiqomah boleh dituntut oleh keluarganya di Jabatan Forensik, Hospital Melaka jam 11 pagi ini untuk pengebumian.

Iklan