Jenazah Rozaid selamat dikebumikan

Iklan
Allahyarham Rozaid Abdul Rahman dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20,Putrajaya.

PUTRAJAYA - Jenazah bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman selamat dikebumikan di Perkuburan Presint 20, Putrajaya jam 10.50 pagi.

Terdahulu, Allahyarham dibawa ke Masjid Putra Height, Selangor untuk dimandikan dan solat jenazah sebelum tiba di tanah perkuburan, jam 10.30 pagi, Isnin.

Iklan
Iklan

Selain ahli keluarga dan kenalan, turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Rozaid, 59, yang juga Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Solat jenazah Rozaid diadakan Masjid Putra Heights, Subang Jaya.

Iklan

Sebelum ini, beliau dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Allahyarham memulakan tugas di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada 30 Disember 2022.

Iklan

Semasa dalam tempoh perkhidmatan, Allahyarham sempat melancarkan portal berita bahasa Inggeris Kumpulan Karangkraf iaitu Sinar Daily.

Rozaid, 59, berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama 40 tahun selepas memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.