KUALA LUMPUR - Masalah pencerobohan haram atas tanah kerajaan di Jalan Langkawi, Setapak di sini selesai dalam operasi penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, sebanyak tiga struktur yang didirikan tanpa kebenaran dirobohkan dalam operasi pengosongan tersebut.
"Struktur berkenaan melibatkan unit kedai beroperasi tanpa lesen sejak lima tahun lalu. Ada di antaranya milik orang tempatan yang disewakan kepada bukan warganegara.
"Operasi bermula jam 9 pagi sehingga perobohan selesai. Penguatkuasaan juga berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan," katanya.