1MDB: Pembelaan Najib kemuka hujah setebal 2,500 muka surat

Iklan
Najib, Muhammad Shafee

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengemukakan hujah-hujah setebal 2,500 muka surat di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, disebabkan terlalu banyak bahan bukti yang mereka tidak dibenarkan untuk berkompromi, penghujahan terperinci adalah penting bagi menegaskan fakta-fakta mengapa mahkamah perlu menimbangkan hujah mereka secara menyeluruh.

Iklan
Iklan

"Ini bagi menunjukkan bahawa pertuduhan itu cacat terutama berkaitan empat pertuduhan pokok.

"Pertuduhan itu mengalami kecacatan, umpamanya dari segi kepelbagaian dan ‘duplicity’, yang membawa kepada kekaburan," kata Muhammad Shafee sebelum memulakan penghujahannya di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Iklan

Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menyalahguna kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Iklan

Bekas Menteri Kewangan itu berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

Ringkasan berita:

  • Pembelaan Najib: Mengemukakan hujah setebal 2,500 muka surat dalam perbicaraan rasuah berkaitan 1MDB.
  • Peguam Utama: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan penghujahan terperinci diperlukan kerana pertuduhan dianggap cacat.
  • Pertuduhan: Najib menghadapi empat pertuduhan menyalahguna kedudukan untuk mendapatkan RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
  • Lokasi & Tempoh: Kesalahan didakwa berlaku di AmIslamic Bank, Kuala Lumpur, antara 2011 hingga 2014.
  • Hukuman: Jika sabit kesalahan, Najib boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda besar.
Dijana oleh AI