KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral di sini pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis akan merakam keterangan berhubung ucapan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.