Indonesia tawar ganjaran keluarkan tayar dari leher buaya

Iklan
Buaya liar itu mula dikesan dengan tayar pada leher di Sungai Palu, Sulawesi Tengah sejak 2016. - Foto Agensi

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang dapat menyelamatkan seekor buaya liar di Palu akibat tayar motosikal tersangkut pada lehernya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan Jakarta Post, Ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA), Hasmuni Hasmar berkata, peraduan itu dilancarkan kerana agensi terbabit tidak mempunyai sumber mencukupi untuk mencari buaya liar yang diperkatakan.

Iklan
Iklan

"Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leher buaya itu," katanya.

Reptilia berukuran empat meter itu mula dikesan berenang dengan tayar tersangkut pada lehernya pada 2016.

Iklan

Pada 2018, seorang penjinak haiwan, Muhammad Panji atau lebih dikenali sebagai Panji Petualang cuba menyelamatkan haiwan pemangsa itu namun tidak berjaya.

"Kami juga telah bekerjasama dengan organisasi dari Australia tetapi gagal," kata Hasmuni.

Iklan

Sementara itu, menurut Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola, peraduan juga bertujuan dapat membebaskan buaya berkenaan pada tahun 2020.

"BKSDA perlu menyelesaikan banyak perkara, sebahagiannya adalah mencari buaya itu.

"Tahun ini, ia perlu ditangkap supaya tayar boleh dikeluarkan dari lehernya," katanya. - Agensi