Penunggang motosikal maut langgar pokok

Iklan
Motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Dato' Sri Amar, Bandar Tenggara, pada lewat malam Ahad. Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Jalan Dato' Sri Amar, Bandar Tenggara, pada lewat malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 10 malam ketika lelaki berkenaan menunggang motosikal seorang diri dari arah Taman Anggerik, Bandar Tenggara menghala ke arah Stadium Mini Bandar Tenggara.

Iklan
Iklan

"Kemalangan disyaki berlaku apabila lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha 135LC telah hilang kawalan hingga terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

"Akibatnya penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

Iklan