Poster PM dan bendera Malaysia

Iklan
SEMPENA lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India, beberapa lokasi ikonik seperti kediaman rasmi Presiden India, India Gate, jalan-jalan utama serta bangunan kerajaan dihiasi dengan poster pemimpin itu dan bendera Malaysia.

Perdana Menteri dijangka tiba malam ini sekitar jam 10 malam (waktu India) dan 12.10 tengah malam ( waktu Malaysia).

Dalam lawatan itu, Anwar dijangka bertemu rakan sejawatnya, Narendra Modi dan Presiden India, Droupadi Murmu.