KUALA LUMPUR - Pendekatan pelbagai aspek diperlukan untuk memerangi rasuah secara berkesan dalam kalangan penjawat awam, kata ahli Institut Integriti Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Aktivis sosial terkenal itu berkata, langkah meningkatkan gaji tanpa diiringi pembaharuan dalam tadbir urus, latihan etika, ketelusan, integriti, dan perlindungan pemberi maklumat, ia tidak mungkin dapat membawa perubahan yang ketara.
Ketika kerajaan mengumumkan rancangannya untuk menaikkan gaji kakitangan awam, Lam Thye memberi amaran bahawa langkah menaikkan gaji semata-mata, tanpa diserta dengan pembaharuan struktur seperti perubahan kepada proses pengambilan dan peluang pembangunan kerjaya, ia tidak akan mencukupi untuk menangani amalan rasuah.
"Tanpa perubahan minda dan budaya di sekeliling perkhidmatan awam, gaji yang lebih tinggi sekalipun mungkin tidak dapat menghalang amalan rasuah. Sekiranya sistem akauntabiliti, ketelusan, etika, dan integriti lemah, gaji yang lebih tinggi pun tidak akan memberi kesan yang diingini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan melaksanakan cara baharu dan inovatif untuk menyokong usaha mengurangkan atau menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Lam Thye seterusnya mengesyorkan penggunaan kecerdasan buatan dan analisis data untuk memantau tingkah laku penjawat awam dan mengenal pasti corak yang mungkin menunjukkan amalan rasuah.
"Ramai penjawat awam yang rasuah melihat amalan mengambil rasuah itu sebagai cara mudah untuk meningkatkan pendapatan tidak sah mereka. Jika orang ramai terus melihat sesetengah penjawat awam sebagai pengamal rasuah, kenaikan gaji mungkin tidak mengubah persepsi ini,” katanya.
"Oleh itu perhubungan awam yang berkesan, pendidikan etika, dan penglibatan masyarakat adalah perlu untuk memupuk kepercayaan. Di samping itu kerajaan boleh membangunkan satu sistem yang membawa penjawat awam, ahli teknologi, ahli akademik dan NGO, berhimpun untuk memikirkan penyelesaian anti-rasuah,” katanya. - Bernama