KUALA LUMPUR - Setiap penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan awam perlu mempunyai nilai-nilai yang baik dan mengamalkan budaya integriti yang tinggi bagi memastikan perkhidmatan kepada negara dan rakyat boleh dirasai oleh kumpulan sasar seterusnya dapat meningkatkan tahap keyakinan kepada perkhidmatan awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat berkata, pihaknya yakin tidak semua penjawat awam terpalit dengan isu-isu nilai dan integriti, namun pada masa sama penjawat awam tidak boleh bertoleransi dengan budaya negatif yang boleh dikaitkan dengan budaya kerja penjawat awam.
"Cuepacs juga yakin penjawat awam sentiasa berusaha untuk memaksimumkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat atau kumpulan sasar. Justeru, segelintir mereka yang terlibat dengan amalan-amalan negatif wajib dikenakan tindakan yang sewajarnya supaya tidak menjadi barah dalam kalangan penjawat awam dan institusi itu sendiri.
"Amalan 'kita jaga kita' perlu dilihat dalam konteks yang positif untuk perkhidmatan awam. Ibarat pendekatan ‘carrot and stick’, mereka yang bersalah perlu diambil tindakan, dan yang bertanggugjawab serta berdedikasi dalam tugas perlu diberikan ganjaran yang baik untuk menjadi contoh teladan buat yang lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 baru-baru ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam.
"Alhamdulillah ia telah membuahkan hasil, walaupun ada pelbagai cakap-cakap di luar sana mengenai pengumuman kerajaan ini. Ia tidak sepatutnya kita dengari dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang tidak berasas.
"Apa yang penting hari ini kita berazam dan menyusun tekad untuk berjuang bersama-sama kerajaan bagi menaikkan lantai pendapatan rakyat serta meluaskan siling ekonomi negara agar manfaatnya akan dapat dirasai oleh kita semua,” katanya.
Adnan berkata, semua peringkat penjawat awam perlu berani ke hadapan untuk menangani isu-isu integriti terutamanya mereka yang berfungsi sebagai Ketua Jabatan, dan mereka perlu bertanggungjawab melaporkan salah laku anak buah mereka untuk diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
"Cuepacs percaya dengan tertanam minda perubahan dan amalan nilai integriti yang tinggi akan mampu melonjakkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan awam pada masa hadapan,” katanya.