PUTRAJAYA - Kawasan sepanjang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai warisan Melayu.
Ia adalah sebahagian daripada pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Iklan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gambaran pembangunan baharu dari seluruh koridor termasuk bangunan Sultan Abdul Samad tidak hanya berkisar sebagai hutan batu semata-mata.
Sebaliknya, kata beliau kawasan hijau di sekitar turut akan dikekalkan.
"Saudara tahu dari tanah dan kawasan Dataran Merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad sampai ke Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Carcosa Seri Negara, pembangunan Kuala Lumpur harus ada ciri yang unik," katanya dalam ucapan peluncuran PuTERA35, di sini pada Isnin.
Tahun lalu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menyarankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.
Ini berikutan tiada kawasan khusus seumpama Little India di Brickfields dan China Town di Jalan Petaling untuk tatapan para pengunjung di ibu negara.