'Mungkin masa akan mengubati', luah kekasih Nidza Afham

Iklan
Arwah Nidza Afham, Hazmiera

SELEPAS hampir seminggu pemergian penyanyi Nidza Afham, individu pertama menyedari kehilangan pemuda berusia 23 tahun itu yang juga kekasihnya, Hazmiera Amrisya berkongsi luahan hati.

Menerusi Instagram, Hazmiera yang mesra disapa Miera mengakui sukar untuk melangkah daripada episod duka dan menerima kenyataan Nidza sudah tiada namun reda.

Iklan
Iklan

"Sayang, awak bergembiralah di sana ya sayang. Nanti kita jumpa.

"Saya tidak tahu sebenarnya bagaimana untuk 'move on' (melupakan dan bergerak ke depan) daripada semua ini.

Iklan

"Mungkin masa akan mengubati tetapi kesetiaan, kasih sayang, kebaikan dan usaha sayang, tidak dapat saya cakap apa lagi," katanya.

Dalam pada itu, Hazmiera berkata, momen bersama peserta rancangan realiti I Can See Your Voice 3 dan pemilik single berjudul Ternyata Bukan Aku itu manis untuk dikenang.

Iklan

"Semuanya cukup dan bahagia bagi saya untuk dikenang. Saya cuma teman wanita yang cuba buat yang terbaik dan berikan apa yang mampu untuk teman lelakinya.

"Saya yakin sayang dah gembira di sana. Saya bahagia kalau sayang bahagia," kongsi Miera pada Instagram miliknya.

Luahan yang dibuat Hazmiera.

Dalam pada itu, Hazmiera turut menitipkan doa buat Allahyarham dan berterima kasih kepada ibu Nidza iaitu Irni Yusmira Istihat kerana menerimanya.

"Terima kasih Umi menerima Miera sebagai menantu Umi. Sayang tolong doakan saya dekat sini juga okay?" kongsinya.

Hazmiera adalah individu terakhir berkomunikasi dengan arwah dan orang pertama menyedari kehilangan Nidza sebelum memaklumkan kepada adik Allahyarham menerusi Instagram.

Dia juga terdahulu mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan Jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.

Hal berkenaan membuka peluang bagi membolehkan ahli keluarga yang lain untuk mencarinya dan membuat laporan polis.

Nidza ditemui mati mengejut (SDR) selepas hampir 24 jam hilang pada Selasa, 14 Ogos.

Sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang, 15 Ogos dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.

Mayat lelaki itu ditemukan seorang pemancing yang juga lelaki warga tempatan kira-kira dua kilometer dari lokasi jambatan.

Hasil bedah siasatan mendapati tiada kecederaan fizikal dan siasatan polis diteruskan sebagai SDR.