CABARAN getir daripada Rusia dijangka menanti jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly atau lebih dikenali sebagai Latif Romly pada penampilan ketiga di temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 yang membuka tirainya dari 28 Ogos hingga 8 September ini.
Pemenang pigat emas dua kali Sukan Paralimpik itu berkata, atlet Rusia Iakushev Matvei kini berada di depan beliau di ranking pertama Olahraga Para Dunia sekali gus bakal menjadi rintangan buatnya untuk mempertahankan pingat emas di Paris kelak.
Atlet kelahiran Perlis itu berkata, catatan terbaik peribadinya musim ini adalah 7.37 meter (m) manakala Matvei yang hanya berusia 21 tahun itu merekod catatan peribadi lebih baik iaitu 7.40m.
"Kalau lihat di kedudukan dunia, memang sejak sebelum Kejohanan Dunia di Kobe, Jepun, Matvei sudah menduduki ranking pertama, tapi dia tidak berentap di Kobe, tahun ini... baru dia muncul sebagai atlet nombor satu dunia.
"Ini antara cabaran sihat, supaya saya lebih fokus latihan untuk capai semula matlamat pertahankan pingat di Paris,” katanya kepada Bernama pada sesi lawatan Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Paralimpik 2024 Datuk R Subramaniam ke kem skuad para olahraga di Stadium Mini, Bukit Jalil di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ini tidak pernah dijadual bersaing bersama Matvei pada mana-mana kejohanan antarabangsa.
Dalam pada itu, mengulas mengenai persiapan ke temasya sukan berprestij itu, Latif Romly berkata, beliau berada di landasan terbaik dan bebas daripada sebarang kecederaan selain sudah bersedia mental dan fizikal untuk beraksi di Paris.
"Persiapan sekarang sudah 100 peratus sudah bersedia selepas sebulan saya bergelut dengan kecederaan tulang rawan, semua sekarang berjalan lancar,” katanya.
Atlet berusia 27 tahun itu juga menyasarkan untuk memecahkan rekod dunia yang dicatatnya sejauh 7.64m pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
Latif Romly merupakan pemenang pingat emas acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) di Sukan Paralimpik edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dan 2020 Tokyo, Jepun. - Bernama
Profil:
Nama: Abdul Latif Romly
Asal: Perlis
Umur: 27 tahun
Ketinggian: 177 sentimeter
Penampilan Olimpik: Kali ketiga
Hobi: Memancing ikan
Anak ke: Anak bongsu dari tujuh orang adik beradik
Makanan kegemaran: Ikan tenggiri
Pencapaian:
Pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dan 2020 Tokyo, Jepun
Pingat emas di Kejohanan Dunia 2015 (Doha), 2017 (London), 2023 (Paris), 2024 (Kobe)
Pingat emas di Sukan Para Asia 2014 (Incheon), 2018 (Jakarta), 2023 (Hangzhou)
Pingat emas di Sukan Para ASEAN 2014 (Neypyidaw), 2015 (Singapura), 2017 (Kuala Lumpur), 2022 (Surakarta)