Dua mayat wanita ditemui dalam longkang

Iklan
Mangsa ditemukan bersebelahan di antara satu sama lain di dalam longkang.

ALOR SETAR - Dua mayat wanita ditemui dengan berpakaian lengkap di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim dekat sini pada Isnin.

Mangsa ditemukan bersebelahan di antara satu sama lain dan terdapat kesan kecederaan namun identiti mereka belum dikenal pasti setakat ini.

Iklan
Iklan
Sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9) berada di lokasi melakukan siasatan dan selesai pada jam 8.50 malam pada Isnin.

Seorang mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang manakala seorang lagi dalam keadaan tertiarap.

Sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9) berada di lokasi melakukan siasatan dan selesai pada jam 8.50 malam.

Iklan

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan seterusnya.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan seterusnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad dalam pada itu mengesahkan kejadian berkenaan.

Iklan

Menurutnya, satu kenyataan berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.