Jenazah Cikgu Istiqomah selamat dikebumikan

Iklan
Mohd Yusof mengaminkan doa di kubur Istiqomah selepas pengebumian pada Isnin.

PASIR MAS - Selepas lapan bulan, guru wanita yang dibunuh kejam dengan mayatnya ditemukan tanpa kepala, kaki dan tangan di Melaka tahun lalu selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kubang Badak dekat sini sebentar tadi.

Jenazah Allahyarhamah Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi,33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas pada jam 11.50 malam.

Iklan
Iklan

Suaminya, Mohd Yusof Mohktar, 35, mengucapkan syukur setelah pengebumian itu selesai dan mengharapkan keadilan buat arwah isterinya.

Mohd Yusof (dua dari kanan) turun ke liang lahat bagi mengebumikan arwah Istiqomah.

"Alhamdulillah semua sudah selesai, saya minta doakan roh isteri saya, semoga dia diampunkan serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Iklan

"Hanya satu saya mahukan, keadilan buatnya,” kata Mohd Yusof ketika ditemui pemberita, di sini, pada Isnin.

Jenazah Istiqomah dituntut Mohd Yusof di Jabatan Forensik Hospital Melaka sambil ditemani beberapa ahli keluarga pada jam 11.45 pagi.

Iklan

Proses penyerahan badan dan kepala tanpa kedua-dua kaki dan tangan itu juga berjalan dengan lancar.

Jenazah dimandi dan dikafankan sebelum disolatkan ahli keluarga terdekat serta dibawa menaiki van jenazah ke Pasir Mas pada jam 2.10 petang.

Mohd Yusof (empat dari kanan) mendukung anak bungsu mereka.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi waris serta kenalan mangsa yang hadir ketika jenazah tiba di rumah ibu bapanya di Pasir Mas pada jam 10.25 malam.

Jenazah disolatkan sekali lagi di rumah ibu bapanya sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Pasir Gudang Johor itu dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja sejak 26 Disember tahun lalu.

Pada 6 Januari lalu, mayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang.

Jenazah Istiqomah diusung untuk dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas, Pasir Mas.

Pada 12 Ogos lalu, polis mengesahkan mayat berkenaan adalah Istiqomah Ahmad Rozi, yang dilaporkan hilang.

Susulan itu, sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun ditahan polis di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan.

Bahagian badan mangsa ditemukan di peringkat awal dan peringkat kedua kepala dan tulang jari dijumpai.

Ketiga-tiga anak Allahyarhamah Istiqomah bersama ibu saudara mereka.

Dalam pada itu, pelabur mata wang asing, Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka mengikut 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tertuduh ialah kenalan lama Istiqomah ketika melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan.