Tembak jiran selepas ditegur jangan bising

Iklan
Senapang angin yang digunakan suspek. Foto Agensi

SUMATERA UTARA - Gara-gara ditegur jangan membuat bising, seorang lelaki bertindak kejam apabila menembak jirannya sehingga meninggal dunia.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Desa Perlis, Kecamatan Brandan Barat, Langkat, Sumatera Utara.

Iklan
Iklan

Polis mengesahkan bahawa suspek Airani, 40, menggunakan senapang angin melepaskan beberapa das tembakan kepada AH, 38, hingga mengenai dada mangsa.

"Insiden ini berlaku apabila mangsa menegur suspek supaya jangan membuat bising kerana anak mangsa sedang sakit," kata polis Langkat AKP Rajendra Kusuma pada Ahad.

Iklan

Tambahnya, mangsa sempat dibawa ke hospital berdekatan oleh orang ramai bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Suspek berjaya ditahan polis sebelum sempat melarikan diri.

Iklan

"Pasukan kami berjaya memberkasnya selepas dua jam kejadian itu dilaporkan," kata Rajendra lagi. - Agensi