Min Yasmin, Julfekar abadi kenangan kelahiran putera sulung menerusi lagu 'Anugerahmu'

Iklan
Min dan suaminya, Zulfikar melayani kerenah putera sulung mereka, Muhammad Zulfiras.

BUKAN hanya bertarung nyawa saat melahirkan, penyanyi berbakat besar, Min Yasmin turut berdepan dugaan apabila cahaya mata yang dinanti sejak 10 tahun lalu berdepan dengan implikasi.

Bagaimanapun, isteri kepada komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah itu berkata, cabaran itu dapat diharunginya dengan tabah dan kelahiran putera sulung yang dinamakan Muhammad Zulfiras diabadikan menerusi lagu yang dilancarkan baru-baru ini yang berjudul 'Anugerahmu'.

Iklan
Iklan

Berkongsi detik-detik ketika melahirkan Muhammad Zulfiras, Min menyatakan dia sebelum ini kurang mengetahui mengenai kelahiran bayi pramatang sehinggalah dia mengalaminya sendiri.

"Ada orang kata, bayi pramatang sama saja dengan bayi yang lain. Tetapi sebenarnya banyak perbezaannya kerana perlu diberi tumpuan kerana bayi pramatang sebenarnya lebih mudah terkena jangkitan.

Iklan

"Sehingga kini walaupun sudah menghampiri usia hampir setahun tetapi kami bimbang dan kurang dedahkannya dengan persekitaran di luar.

"Tetapi Alhamdulillah, Muhammad membesar dengan baik malahan lagu yang diinspirasi sempena kelahirannya pun berjaya dihasilkan ketika dia berusia tiga bulan di mana penggambaran kami buat di Simpang Mengayau, Kudat," katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Min dan suaminya, Zulfikar melayani kerenah putera sulung mereka, Muhammad Zulfiras.

Iklan

Min berkata, suaminya juga banyak membantu disebabkan pengalamannya melalui perkahwinan terdahulu dia lebih tenang menghadapi cabaran tersebut.

"Itulah kelebihannya bersuamikan dia yang pernah melalui ada cahaya mata sebelum ini. Kiranya lebih banyak makan garam berbanding kita.

"Alhamdulillah, kami berjaya mengharungi bersama kerana ini adalah penantian saya selama 10 tahun yang mahukan zuriat sendiri

"Saya mahu merasai sendiri saat indah membesarkan anak dengan memasakkan makanan untuknya dari bayi, inilah masanya," katanya.

Melepasi fasa yang mengetirkan itu, Min tidak pernah lupa untuk menghargai semua pihak yang banyak memberikannya semangat dan membantu ketika menerima rawatan.

"Terima kasih kepada semua, terutama jururawat dan doktor yang telah memberikannya rawatan serta layanan yang terbaik selama berulang alik di klinik kesihatan dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas," katanya yang buat masa ini menetap di Kota Kinabalu.