Kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang ditemui mati di kawasan berpaya, Sabtu lalu adalah yang pertama berlaku di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tok Batin, Hadu Long berkata, sepanjang 19 tahun menjaga kebajikan dan keselamatan kampung tersebut, belum pernah lagi berlaku kes-kes jenayah berat apatah lagi melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa.