LUNDU - Tiga pelajar dikhuatiri hilang selepas perahu yang mereka naiki untuk ke sekolah karam di Kampung Selampit di sini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 6.33 pagi dan segera mengatur gerak sebuah jentera dan tujuh anggota ke lokasi dari Balai Lundu.