Pembantu kedai makan ditemui tidak bernyawa dalam bilik

Iklan
Lokasi rumah mangsa ketika ditemui tidak bernyawa di dalam bilik tidurnya di Kampung Batu Enam, Kuala Nerus.

KUALA NERUS - Seorang pembantu kedai makan ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik di rumahnya dekat Kampung Batu Enam, di sini pada Isnin.

Mayat Hanafi Abu Bakar, 47, ditemui kira-kira jam 8 malam ketika anak saudaranya datang ke rumah itu untuk mengajaknya makan malam bersama.

Iklan
Iklan

Menurut Suhaizan Awang, 45, dia memanggil mangsa berkali-kali namun tiada jawapan sebelum mengambil keputusan memasuki bilik bapa saudaranya itu sekitar jam 7.45 malam.

"Saya ke rumahnya untuk ajak dia makan nasi bersama-sama namun panggilan saya tidak bersahut.

Iklan

"Lepas masuk dalam bilik tu saya nampak dia terbaring kaku di atas katil. Saya panggil beberapa kali tiada respons.

"Saya pegang paha dia namun tiada sebarang pergerakan dan segera panggil sepupu untuk lihat keadaan dia," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa.

Iklan

Suhaizan berkata, kali terakhir dia melihat mangsa Sabtu lalu.

Jelasnya, berdasarkan pemeriksaan awal, bapa saudaranya itu dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesah menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ringkasan berita:

  • Penemuan: Seorang pembantu kedai makan, Hanafi Abu Bakar, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Enam.
  • Waktu Penemuan: Mayat ditemui sekitar jam 8 malam oleh anak saudaranya.
  • Kejadian: Mangsa ditemui terbaring di atas katil tanpa respons.
  • Pemeriksaan Awal: Mangsa dipercayai meninggal sejak beberapa hari lalu.
  • Pengesahan Polis: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dijana oleh AI