'Saya ada tanya 'pak guard' tapi dia jawab tak tahu' - Ibu

Iklan
Dua kanak-kanak lelaki yang disangka hilang rupanya terperangkap sembilan jam dalam lif apartmen.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ibu kepada salah seorang daripada kanak-kanak, Faiq Adiwira Rosli, 11, yang dilaporkan hilang akibat terperangkap dalam lif lebih sembilan jam mahu pihak pengurusan lebih peka tentang keselamatan penghuni.

Menurut Fospaliza Md Sariff, 48, dia ada bertanya dengan pengawal keselamatan yang bertugas pada petang itu tetapi hanya mendapat jawapan tidak tahu.

Iklan
Iklan

"Lif di sini jarang rosak, namun ketika kejadian saya ada perasan lif tak bergerak... tetapi saya tidak terfikir bahawa Faiq akan terperangkap dalam lif.

"Semasa mencari mereka di kawasan sekitar pangsapuri, saya ada tanya pengawal keselamatan (bukan warganegara) tapi dia cuma jawab 'i dont know, i dont know'," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan
Fospaliza

Dalam pada itu, Fospaliza berkata, anaknya dihantar pulang oleh pengawal keselamatan ke rumah pada jam 12.50 pagi tanpa pengetahuannya.

Ujarnya, pihak pengurusan kini didakwa sedang melakukan siasatan berkenaan kes tersebut dan tiada sebarang permohonan maaf yang dibuat sehingga kini.

Iklan

"Lif itu bukan terbuka sendiri tetapi operator lif dan pengawal keselamatan yang buka, kemudian mereka hantar Faiq ke rumah tanpa berjumpa dan maklumkan kepada saya apa-apa.

"Yang saya tahu, sekarang pihak pengurusan sedang melakukan siasatan berhubung kes ini.

"Keadaan anak saya dan rakannya dalam keadaan baik, tiada sebarang masalah kesihatan, cuma saya berharap pihak pengurusan untuk lebih cakna berkaitan keselamatan seperti melakukan pemeriksaan serta kawalan berkala selepas ini," tegasnya.

Dia berkata, ketika terperangkap, Faiq Adiwira dan kawannya sudah cuba minta bantuan namun tidak tiada siapa mendengarnya.

"Mereka tekan loceng, ketuk-ketuk dan menjerit tapi tiada siapa yang dengar.

"Disebabkan sudah penat serta kelaparan, mereka tidur," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, dua kanak-kanak lelaki yang pada mulanya disangka hilang, rupa-rupanya terperangkap lebih sembilan jam dalam lif sebuah apartment di Kuala Lumpur.

Ibu saudara salah seorang kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Ina berkata, anak saudaranya berusia 10 tahun keluar dari rumahnya di Flat Desa Petaling untuk membeli pau dan berjumpa rakannya yang berada di Apartmen Pangsaria berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh mengesahkan, pihaknya ada menerima dua laporan mengenai kebimbangan keselamatan dua kanak-kanak itu.