Selangor kenal pasti lokaliti sesuai kawasan perindustrian di Sabak Bernam

Iklan
Amirudin (tiga dari kanan) pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan MDSB di Dewan Tun Razak, Jalan Raja Chulan di sini pada Selasa.

SABAK BERNAM - Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti beberapa lokaliti sesuai untuk menjadikan Sabak Bernam sebagai kawasan perindustrian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pada masa ini kawasan di daerah itu telah di zon sebagai perumahan dan kawasan pelancongan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, perubahan landskap itu perlu dilakukan bagi mewujudkan pembangunan bandar di daerah berkenaan.

"Sabak Bernam perlu lebih bersedia dengan segala kemudahan sebagai sebuah industri walaupun membabitkan kos tanah yang perlu dibelanjakan kepada pemilik tanah," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Dewan Tun Razak, Jalan Raja Chulan di sini pada Selasa.

Ditanya adakah MDSB akan dinaik taraf sebagai majlis perbandaran sekiranya wujud industri di kawasan tersebut, Amirudin memberitahu, semua perkara itu perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum penarafan dibuat.

Iklan

Beliau memberitahu, MDSB perlu memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Kalau hendak sampai ke tahap perbandaran sebagai contoh, mereka (MDSB) perlu mempunyai lebih 50 hingga 60 peratus lokaliti yang sudah bersedia untuk dikawal di bawah pihak berkuasa tempatan.

"Cabaran kita di Sabak Bernam mempunyai kawasan luar bandar yang besar dan dari segi peratusan belum lagi menjadi urban yang boleh ada (pelaksanaan) operasi-operasi dan juga pemantauan majlis tempatan atau terkeluar daripada lingkungan kerajaan tempatan," ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan memikirkan mekanisme terbaik dalam usaha terbabit antaranya melalui pengisytiharan Projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).

"SABDA ini sebagai salah satu contoh dan berpotensi untuk menarik mereka untuk berkunjung ke daerah ini," jelas beliau.