Mpox: Pelawat dari 8 negara Afrika perlu lapor kepada pihak berkuasa Korea Selatan

Iklan
Korea Selatan kini mewajibkan individu yang mengalami gejala Mpox dan tiba dari lapan negara Afrika untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa kesihatan.

SEOUL - Korea Selatan kini mewajibkan individu yang mengalami gejala Mpox dan tiba dari lapan negara Afrika untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa kesihatan, di samping menetapkan semula Mpox sebagai penyakit berjangkit yang tertakluk kepada saringan sempadan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Langkah itu diambil selepas Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) minggu lalu berikrar memperketat langkah pencegahan terhadap virus berkenaan.

Iklan
Iklan

Di bawah peraturan baharu itu, pelancong yang melawat lapan negara terbabit iaitu Rwanda, Burundi, Uganda, Ethiopia, Afrika Tengah, Kenya, Congo, dan Republik Demokratik Congo dikehendaki melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka mengalami gejala berkaitan Mpox seperti demam, sakit otot, dan bengkak kelenjar limfa.

KDCA juga akan menempatkan pegawai kesihatan di pintu ketibaan bagi penerbangan terus dari Ethiopia serta melaksanakan langkah pemantauan tambahan.

Iklan

Setakat 9 Ogos, Korea Selatan merekodkan 10 kes Mpox bagi tahun ini, menurun berbanding 151 kes pada 2023, menurut KDCA. - Bernama-Yonhap

Iklan