Bersatu teliti isu ucapan Muhyiddin di Nenggiri

Iklan
Datuk Seri Hamzah Zainudin

SHAH ALAM - Pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang meneliti secara terperinci isu melibatkan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada malam 14 Ogos 2024 lalu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan menghormati lunas perundangan.

Iklan
Iklan

"Parti percaya bahawa beliau akan hadir memberikan keterangan kepada pihak berkuasa pada hari esok.

"Semua pihak juga diseru supaya bertenang dan berdoa kepada ALLAH SWT agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama berasaskan lunas undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Presiden Bersatu itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.