Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway

Iklan
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang Selasa. Gambar hiasan

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi Bernama berkata, butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Difahamkan seorang lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Hussein ketika dihubungi berkata, seorang penjenayah yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun ditembak mati di kawasan PJS, Petaling Jaya dekat sini malam ini.

Iklan

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Lelaki tersebut dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun," katanya. - Bernama

Iklan