Penyerang dari Brazil tambah sengat Sabah

Iklan
João Pedro Boeira Duarte

SABAH FC memperkuatkan lagi barisan serangan The Rhinos menghadapi baki saingan Liga Super musim ini dengan mengikat khidmat penyerang import baharu dari Brazil.

Sabah FC dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan João Pedro Boeira Duarte, 24, mengikat kontrak selama sembilan bulan bermula 15 Ogos lepas hingga 30 April tahun depan.

Iklan
Iklan

Duarte dibawa masuk bagi mengisi slot perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2024/225 selepas menamatkan kontrak bersama Viettel FC (Vietnam) bulan lepas.

"Kehadiran pemain import berkenaan diharap dapat membantu jentera serangan Sabah FC selepas Ramon Machado memilih untuk menamatkan kontrak lebih awal bersama Sabah FC," menurut kenyataan kelab itu.

Iklan
Iklan

Semasa bersama kelab Viettel FC dari Mac hingga bulan lepas, penyerang berketinggian 185 sentimeter itu sempat bermain 12 perlawanan dan menyumbang dua gol untuk pasukan berkenaan dalam saingan Liga Vietnam.