Bandar Bengaluru paling sesak di dunia

Iklan
Kesesakan lalu lintas menjadi pemandangan biasa di bandar Bengaluru, India terutamanya pada waktu puncak.

NEW DELHI - Bengaluru memintas Mumbai sebagai bandar yang mempunyai kesesakan trafik paling teruk di dunia bagi tahun 2019, menurut laporan Indeks Trafik TomTom.

Tiga lagi bandar di India iaitu Mumbai, Pune dan Delhi turut mendominasi senarai 10 teratas.

Iklan
Iklan

Laporan oleh pengeluar sistem pengesan global (GPS) itu adalah hasil pemerhatian data selama 12 bulan membabitkan 416 bandar di 57 negara.

Menurut laporan tersebut, pengguna jalan raya di Mumbai menghabiskan purata 71 peratus masa perjalanan dalam kesesakan lalu lintas.

Iklan

Secara purata, penduduk di bandar itu menghabiskan masa selama 10 hari dan tiga jam di atas jalan raya setiap tahun.

Tinjauan di Delhi pula mendapati tempoh perjalanan yang biasanya mengambil masa 30 minit, berlanjutan selama hampir sejam terutamanya pada waktu puncak. - Agensi

Iklan

Berikut 10 bandar yang mempunyai kesesakan trafik paling teruk di dunia bagi tahun 2019

1. Bengaluru (India)

2. Manila (Filipina)

3. Bogota (Colombia)

4. Mumbai (India)

5. Pune (India)

6. Moscow (Rusia)

7. Lima (Peru)

8. Delhi (India)

9. Istanbul (Turki)

10. Jakarta (Indonesia)