Manusia tertua di dunia, Maria Branyas meninggal dunia

Iklan
Maria Branyas, orang paling tua di dunia yang berusia 117 tahun, meninggal dunia pada Isnin.

ISTANBUL - Maria Branyas, orang paling tua di dunia yang berusia 117 tahun, meninggal dunia pada Isnin, lapor Agensi Anadolu pada Selasa.

Dilahirkan pada 4 Mac 1907 di San Francisco, Amerika Syarikat, Branyas berpindah ke Sepanyol semasa kecil pada 1915.

Iklan
Iklan

Beliau memegang gelaran sebagai orang paling tua di dunia sejak 17 Januari 2023, selepas kematian super sentenarian Perancis, Lucile Randon pada usia 118 tahun, menurut agensi itu yang memetik media Sepanyol.

Seorang super sentenarian ialah individu yang berusia 110 tahun atau lebih.

Iklan

Kumpulan Penyelidikan Gerontologi (GRG), yang menyelia senarai Rekod Dunia Guinness untuk orang paling tua, mengesahkan bahawa usia dan status Branyas telah disahkan secara saintifik.

Pada bulan Julai, beliau menjadi individu kelapan paling lama hidup dalam sejarah yang direkodkan, menurut data GRG.

Kehidupan Branyas merangkumi pelbagai peristiwa bersejarah, termasuk terselamat daripada pandemik Covid-19.

Iklan

Pada usia 113 tahun, beliau dijangkiti dan sembuh daripada virus itu pada April 2020, menjadikannya sebagai individu tertua yang diketahui berjaya pulih daripada penyakit berkenaan pada masa tersebut.

Sebelum pengiktirafan globalnya, Branyas telah diiktiraf sebagai orang paling tua di Sepanyol sejak 22 Disember 2019.

Kumpulan Penyelidikan Gerontologi dan Rekod Dunia Guinness dijangka mengumumkan pemegang baharu gelaran"orang paling tua di dunia" dalam masa terdekat. - Bernama-Anadolu