Tujuh maut selepas minum susu beracun di Sindh, Pakistan

Iklan
Sekurang-kurangnya tujuh orang ahli sebuah keluarga maut selepas meminum susu beracun di wilayah Sindh, selatan Pakistan. Gambar hiasan

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya tujuh orang ahli sebuah keluarga maut selepas meminum susu beracun di wilayah Sindh, selatan Pakistan, kata seorang pegawai tempatan pada Selasa.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Wilayah Sind Fayyaz Abbasi, lima kanak-kanak adalah antara mangsa yang meninggal dunia selepas meminum susu beracun pada Ahad malam.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku di kawasan Pir Goth, Daerah Khairpur di wilayah itu.

Pegawai itu berkata, 10 ahli keluarga berkenaan dibawa ke Hospital Awam di kawasan itu selepas keadaan kesihatan mereka merosot akibat meminum susu itu pada lewat Ahad malam.

Iklan

"Tujuh daripada mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala baki mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital," kata seorang pegawai hospital kepada Xinhua.

Polis tempatan berkata, mereka sedang menyiasat bagaimana susu berkenaan boleh dicampur dengan racun. - Bernama-Xinhua

Iklan