Netizen 'mulut longkang' kutuk mangsa kemalangan

Iklan
Motosikal rosak dan remuk akibat kemalangan. Gambar hiasan

BANYAK kenderaan kini dilengkapi dengan kamera papan pemuka atau dashcam sebagai salah satu bahan bukti penting seandainya berlaku kemalangan.

Biasanya dalam sesuatu kemalangan, kenderaan yang melanggar dari arah belakang sering dipersalahkan jika tiada sebarang bukti selain kata-kata mangsa yang terlibat.

Iklan
Iklan

Dengan adanya dashcam, rakaman kenderaan di hadapan yang misalnya menukar lorong secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang isyarat boleh dijadikan bahan bukti bagi menunjukkan siapa yang bersalah sebenarnya.

Begitu pun, sejak kebelakangan ini Merak Jalanan lihat rakaman dashcam ini sering disalahgunakan dengan dimuat naik di media sosial walaupun kemalangan dirakam tidak melibatkan kenderaan si pemuat naik video itu.

Iklan

Namun yang tidak moleknya, komen-komen yang ditulis di video berkenaan bukanlah mendoakan mangsa terselamat sebaliknya mengutuk mangsa dengan kata-kata yang tak enak didengari.

Antaranya:"Padan muka, siapa suruh mencelah di tengah-tengah kenderaan" pada video kemalangan melibatkan sebuah motosikal melanggar kereta yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Iklan

Terdapat juga satu video motosikal dilanggar sebuah kereta dari ketika melakukan pusingan U hingga menyebabkan penunggangnya tercampak jauh.

Daripada mendoakan keselamatan penunggang motosikal itu, terdapat komen:"Mampus pun bagus, siapa suruh buat U-turn kat situ"

Jika komen sebegini dibaca oleh ahli keluarga si mangsa, apa perasaan mereka. Lagipun, mana tahu satu hari nanti kita pula jadi mangsa kemalangan.

Daripada menjadi netizen 'mulut longkang' yang mengutuk mangsa kemalangan, baik doakan yang terbaik untuk mereka dan berharap kejadian itu dapat dijadikan iktibar. Inikan lebih baik.