Menjadi pembaca buku yang reaktif
Iklan
KETIKA belajar dahulu, menulis nota kelas atau kuliah adalah satu kemestian. Apa yang diperkatakan oleh cikgu atau pensyarah akan dicatat. Apa yang diconteng di papan hijau oleh mereka juga akan disalin.
Kita mahu isi yang disampaikan guru atau pensyarah itu dicatat dan kemudiannya dihafal agar dapat diluahkan kembali ke kertas jawapan peperiksaan. Kita berasakan apa yang ditulis itulah jawapan yang terbaik dan mampu meninggikan markah.