DAP bukan liabiliti kepada UMNO - Ahmad Zahid
Iklan
KUALA LUMPUR - Perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan pemimpin parti Kerajaan Perpaduan terutamanya antara DAP dan UMNO tidak boleh dianggap sebagai satu liabiliti untuk menarik sokongan orang Melayu.
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana pandangan yang berbeza itu bukan mewakili pendirian rasmi parti, sebaliknya pandangan peribadi individu terbabit.