Berdosakah baca hantaran mengumpat di media sosial?

Iklan
HINDARILAH diri daripada membaca apalagi menyertai hantaran mengumpat di media sosial atau di mana-mana sahaja. -Foto: Unsplash

RATA-RATA orang tahu mengumpat termasuk sebagai perbuatan dosa besar dan amat dilarang keras dalam ajaran Islam.

Jika dahulu umpatan akan kedengaran menerusi ‘mulut-mulut nakal’ yang suka mencari salah orang lain. Namun pada zaman milenial kini, celaan itu semakin luas dengan adanya media sosial.

Iklan
Iklan

Platform itu menjadi pilihan untuk melampiaskan segala yang terbuku dalam hati dan melondehkan aib yang sepatutnya dijaga.

Berdosakah jika kita sengaja membaca hantaran mengumpat di media sosial? Bagaimana jika tujuannya hanyalah sekadar bagi memahami situasi, bukannya untuk memenuhi perbincangan topik hangan berkenaan?

Iklan

DR MOHD SUKKI

"Oleh itu, dinasihatkan supaya segera mengabaikan dan tidak terus melayari hantaran yang mengandungi umpatan tersebut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi e-kemusykilan portal soal jawab agama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang pada Isnin.

Iklan

Bagaimanapun, jika seseorang hanya mendengar atau membaca dengan niat dan tujuan yang baik seperti untuk memahami sesuatu isu dan mahu merujuk kepada pandangan fatwa atau pihak yang dirasakan mampu menanganinya, Dr Mohd Sukki menjelaskan, harus hukumnya berbuat demikian.

"Bahkan, orang itu tidak terlepas daripada dosa mendengar umpatan tersebut melainkan dia mengingkari perbuatan berkenaan semampu yang boleh.

"Malah, menjadi satu kewajipan kepada orang yang tendengar seseorang memulakan umpatan (yang diharamkan agama) untuk mencegahnya,” katanya.

Berikut cara yang boleh dilakukan untuk berbuat demikian:

1. Untuk mencegahnya, itu pun sekiranya dia tidak takut ditimpa sebarang kesan buruk yang jelas terhadap dirinya.

2. Sekiranya berkemungkinan berlaku mudarat yang jelas terhadapnya, maka wajiblah mengingkari perbuatan itu dengan hatinya dan tinggalkan tempat itu sekiranya mampu.

3. Seandainya kita mampu mencegah dengan lidah (menegur) atau boleh hentikan umpatan itu dengan cara mengalih perbuatan kepada isu lain, maka wajib untuk kita lakukannya. Seseorang dikira telah melakukan satu maksiat sekiranya tidak melakukan tindakan di atas.

ORANG yang mendengar umpatan dianggap sebagai berkongsi dosa dengan pelakunya. -Foto: Canva

- Bagaimanapun sekiranya kita bercakap ‘kamu diam’, tetapi dalam hati masih ada rasa suka mendengarnya dan mahu umpatan diteruskan, Imam Al-Ghazali berkata ‘itu ialah satu tanda wujudnya sifat nifak (menampakkan Islam dan kebaikan, tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan) dan dia dikira masih berdosa, sewajarnya hatinya juga mestilah turut sama membenci perbuatan itu’.

4. Sekiranya seseorang terpaksa berada di tempat mengumpat itu dan tidak mampu menegurnya ataupun sudah membuat teguran tetapi tidak diendahkan, maka haram baginya memberikan perhatian dan secara sengaja mendengar umpatan tersebut.

- Jalan penyelesaiannya adalah dengan dia berzikir dengan lidah dan hatinya atau dengan hatinya.

- Boleh juga dia menghindarinya dengan memikirkan tentang perkara lain. Dalam situasi itu, tidak menjadi kesalahan lagi seandainya dia terdengar cacian tersebut tanpa memberi tumpuan dan sengaja mendengarnya.

5. Jika umpatan itu masih berlarutan dan dia mampu meninggalkan tempat itu, maka wajib dirinya berbuat demikian.