170 wartawan Palestin terbunuh serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023

Iklan
Kesemua pengamal media yang dibunuh semasa membuat liputan perang merupakan percubaan untuk "mengaburkan naratif Palestin dan kebenaran." - Foto Reuters

GAZA - Pembunuhan Hamza Abdul Rahman Murtaja dalam serangan Israel ke atas sekolah Mustafa Hafiz pada Selasa menjadikan jumlah kematian wartawan di Gaza yang direkodkan sejak 7 Oktober 2023 hingga hari ini ialah seramai 170 orang, menurut Pejabat Media Kerajaan.

Organisasi itu yang mengedarkan senarai nama wartawan yang terbunuh berkata, kesemua pengamal media itu dibunuh dalam percubaan untuk"mengaburkan naratif Palestin dan kebenaran."

Iklan
Iklan

Saudara kandung Hamzah Abdul Rahman, Yasser yang juga seorang wartawan maut ditembak oleh penembak tepat Israel semasa membuat liputan"Great March of Return" pada 2018.

Perarakan itu merujuk kepada lebih setahun rakyat Palestin membantah di sepanjang pagar antara Gaza dan Israel pada 2018 dan 2019 menuntut hak untuk kembali ke rumah nenek moyang mereka.

Iklan
Iklan

Lebih 250 rakyat Palestin terbunuh selepas penembak tepat Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan. - Al Jazeera/Awani