Penunggang motosikal maut digilis lori

Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang mengalami kerosakan selepas terbabit kemalangan di Jalan Lahat pada Selasa. Foto ihsan PDRM

IPOH - Seorang lelaki maut digilis lori selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Lahat di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 8.52 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati mangsa dari arah Lahat menuju ke Menglembu.

"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa cuba memintas sebuah lagi motosikal di laluan sama namun, motosikalnya terlanggar pembahagi tengah jalan.

Iklan
Penunggang motosikal maut digilis lori selepas kenderaannya terlanggar pembahagi tengah jalan di Jalan Lahat, Ipoh pada Selasa. Foto ihsan PDRM

"Keadaan itu menyebabkan motosikal hilang kawalan dan mangsa terpelanting ke lorong kiri lalu digilis sebuah lori," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis meminta saksi kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.