PERENANG Selangor, Andrew Goh memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 50 meter kuak dada lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 hari ini.
Atlet berusia 20 tahun itu mencatat 28.03 saat dalam saringan ketiga acara berkenaan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, mengatasi 28.10s yang dilakukan pada Terbuka Malaysia 2023 di Kuala Lumpur.