KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa jam 9.14 malam.
Menurut data dari Flight Radar, pesawat Airbus A330-300 dengan pendaftaran 9M-MTG itu mengisytiharkan kecemasan am sejurus selepas berlepas dari Kuala Lumpur.