GEORGETOWN - Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Irwanzir, 30, selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim, Norsalha Hamzah.
Iklan
Iklan
Berdasarkan pertuduhan, Irwanzir dari Acheh didakwa memiliki barangan tersebut di belakang rumah di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir, Balik Pulau pada 6 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(A) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.
Norsalha kemudian menetapkan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias itu disebut semula 5 Mac ini bagi laporan forensik.