SEREMBAN - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah merobohkan 205 daripada 225 papan tanda iklan haram di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu, setakat ini.
Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad berkata, pihaknya akan melaksanakan penguatkuasaan ke atas baki 20 papan tanda iklan haram sebelum 31 Ogos ini.